top of page

Tema Pekerja KESUMA Bangsa, bukti kerajaan hargai pekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 1 min read

ree

Tema Hari Pekerja tahun ini 'Pekerja KESUMA Bangsa' menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan mengiktiraf pekerja di negara ini.


Senator dari Sarawak Abun Sui Anyit (gambar) berkata, pekerja perlu menunjukkan keazaman untuk menjadikan Malaysia kembali bangkit sebagai Harimau Asia sebagaimana dekad 1990an lalu.


"Tema Pekerja KESUMA Bangsa menunjukkan betapa Kerajaan Malaysia sangat menghargai sumbangan pekerja untuk keluarga dan seterusnya untuk Negara.


"Iltizam untuk menjadi pekerja cemerlang akan membuahkan hasil ke arah menjadikan Malaysia menjadi Negara Harimau Asia (Asian Tiger) sekali lagi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli kabinetnya yang sangat komited dan berdedikasi," kata Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu dalam kenyataan.

Roland Engan
Roland Engan

Dalam pada itu, Pegerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan turut menyatakan perkara sama dalam kenyataan sempena hari pekerja hari ini.


"KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang terus gigih dan berdedikasi dalam pekerjaan anda setiap hari.


"'Pekerja KESUMA Bangsa' dipilih sebagai tema Hari Pekerja tahun ini seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi untuk meneroka bidang baharu serta berdaya saing," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page