top of page

Tema Merdeka, Hari Malaysia: 'Malaysia Madani rakyat disantuni'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 11
  • 1 min read

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 masih seputar Malaysia Madani yang perlu dijadikan asas dalam mengangkat martabat rakyat.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, logo Hari Kebangsaan tahun ini pula kekal digunakan perkataan Malaysia Madani sehingga 2027.


"Malaysia Madani, rakyat disantuni menjadi tema kita. Logo Malaysia Madani digunakan sebagai logo rasmi hingga 2027, selaras dengan usaha membangun Malaysia Madani sebagai teras perpaduan dalam kepelbagaian.


"Tema rakyat disantuni (pula) dipilih untuk menggambarkan keutamaan kerajaan memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama," katanya dalam sidang media di Dewan Cendekiawan, IPPTAR, Kuala Lumpur petang tadi.


Menurut beliau lagi, beberapa acara penting telah disusun dalam rangka sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini.

"Beberapa cara disusun. Seperti majlis peluncuran Bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 27 Julai di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.


"Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini bertempat di Dataran Putrajaya. Manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Pulau Pinang. Bertepatan dengan amalan penggiliran. Kita tukar lokasi sama ada Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ini matlamat untuk perpaduan antara semua wilayah dan negeri," katanya.


Selain itu, kata Menteri Komunikasi itu ada 14 program sisipan dan aktiviti patriotik yang bakal diadakan di seluruh negara.


Termasuklah kempen kibar Jalur Gemilang yang diperluaskan kepada kluster sektor industri dan kluster agensi kerajaan, selain mengekalkan kluster pendidikan, kluster pendidikan tinggi, kluster kesihatan, kluster keselamatan dan kluster komuniti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page