top of page

Teliti semula projek PJD Link hakis kepercayaan rakyat - Lee Chean Chung



Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Exco Infrastruktur Selangor bahawa pembinaan Lingkaran Penyuraian Petaling (PJD Link) kembali diteliti oleh Kerajaan Negeri bersama enam lagi projek lebuh raya di Lembah Klang.

Beliau berkata memandangkan orang ramai telah dimaklumkan bahawa projek PJD Link telah dibatalkan, maka keputusan untuk meneliti semula akan mengelirukan dan menyebabkan orang awam hilang keyakinan serta kepercayaan kepada kerajaan.


"Saya terkejut apabila PJD Link bersama enam lebuh raya lain, kini sedang dalam pertimbangan Kerajaan Negeri.


"Ia bercanggah dengan keputusan Kerajaan Persekutuan pada 17 April bahawa konsesi itu dihentikan. Sekarang siapa yang meminta projek yang dicadangkan itu dimasukkan ke dalam Pelan Struktur Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada April, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan dengan pemaju PJD Link selepas ia gagal memenuhi syarat dalam perjanjian konsesi bagi membolehkan perjanjian itu berkuat kuasa.


Chean Chung baru-baru ini bertanya di Parlimen sama ada kerajaan perlu membayar pampasan untuk pembatalan projek itu dan apakah terma dan kos yang akan terlibat jika perlu.


Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata Jabatan Peguam Negara percaya kerajaan tidak boleh menghalang pemegang konsesi daripada mengemukakan tuntutan berdasarkan prinsip "Quantum Merit' mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak 1950.


Quantum Merit ialah istilah dalam undang-undang kontrak merujuk kepada sejumlah wang yang munasabah untuk dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan atau kerja yang dilakukan, apabila jumlah yang perlu dibayar tidak ditetapkan dalam kontrak yang boleh dikuatkuasakan secara sah.


Bagaimanapun, Chean Chung berhujah bahawa tiada asas untuk menuntut merit kuantum di bawah Seksyen 71 Akta Kontrak 1950.


"Apabila pihak tidak memenuhi syarat-syarat terdahulu kepada kontrak melalui ketidakupayaan sendiri untuk mematuhi selepas beberapa pelanjutan, tidak ada kewajipan untuk membayar sebarang "quantum merit"," katanya yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN.


Demi kepentingan ketelusan, beliau juga menggesa kerajaan untuk menyahklasifikasi bahagian perjanjian yang dianggap penting untuk menilai kesan undang-undang dan kewangannya terhadap kerajaan.


Kelmarin dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, Izham dilaporkan berkata kerajaan Selangor sedang meneliti dan menunggu keputusan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pembinaan enam lebuh raya baharu di Selangor.


Beliau berkata, projek itu ialah Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE), Lebuhraya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE) dan Lebuhraya Senawang KLIA Salak Tinggi (SKLIA).


Menurut Izham, tiga lagi cadangan ialah Lebuhraya Pintasan Lebuhraya Persekutuan (PINTAR), Lebuhraya Kuala Lumpur Shah Alam (KL SKYWAY) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Klang Link (SKL).


Izham turut menjelaskan status pembinaan PJD Link juga sedang dinilai semula susulan penambahbaikan yang dilaksana pemaju.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil rakyat Bukit Gasing, R Rajiv berhubung senarai cadangan lebuh raya baharu yang sedang dipertimbangkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page