top of page

Teliti garis panduan peraturan kenderaan komersial, keselamatan negara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 13
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pihak berkaitan diseru agar menilai semula garis panduan dan peraturan tentang keselamatan teknikal kenderaan komersial dan kenderaan keselamatan negara susulan kemalangan yang berlaku pagi tadi.


Cadangan itu disuarakan Pemuda AMANAH Perak menerusi ketuanya, Khairol Najib Hashim yang turut menyarankan agar pemeriksaan semula berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dilakukan melibatkan ciri keselamatan kenderaan seperti trak pasukan keselamatan.


''Ia termasuk keperluan pemasangan tali pinggang keledar, sistem pelindungan impak dan protokol penempatan anggota dalam kenderaan agar keselamatan anggota yang bertugas tidak terabai.


''Dalam masa sama, kami menyeru kerajaan dan agensi terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) menilai semula garis panduan selain menyiasat kes tersebut.


''Kami percaya semua cadangan ini boleh dilaksanakan dengan penuh hikmah tanpa menuding jari, sebaliknya demi memastikan kejadian tragik seperti ini tidak berulang dan keselamatan anggota pasukan keselamatan terus dijamin,'' katanya menerusi satu kenyataan.


Susulan tragedi itu, Khairol berkata pihaknya merakamkan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada seluruh keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban.


Ujarnya, negara sedang berduka, dan AMANAH Perak turut merasai kehilangan besar itu apatah lagi kejadian itu berlaku di negeri berkenaan.


''Kami menzahirkan penghargaan yang tinggi atas jasa serta khidmat mereka dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.


''Didoakan semoga semua mangsa yang cedera segera pulih dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.


''Semoga roh semua anggota yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikurniakan ganjaran yang setimpal atas jasa mereka,'' katanya lagi.


Dalam laporan terbaharu, angka korban melibatkan nahas yang berlaku di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan itu meningkat kepada 10 orang.


Menerusi laporan awal, lapan anggota FRU disahkan meninggal dunia selepas trak dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan batu.


Jumlah sebenar anggota FRU yang berada di dalam trak semasa kemalangan itu adalah 18 orang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page