top of page

TEKUN salur RM482.6 juta bantuan niaga kepada usahawan India



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa prihatin dan komited melaksanakan pelbagai bantuan keusahawanan yang bersifat inklusif termasuk kepada golongan usahawan masyarakat India.


Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan berkata, antara bantuan dilaksanakan adalah melalui pembiayaan seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), SPUMI Goes Big oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).


''Kedua-dua ini pun tidak termasuk dalam Bajet 2023, tetapi adalah inisiatif kerjasama antara KUSKOP dengan TEKUN dan AIM.


''Bagi program SPUMI ini, sejak tahun 2008 hingga 30 September 2024, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM482.6 juta kepada 32,101 usahawan masyarakat India.


''Dalam tempoh tersebut juga, seramai 764 usahawan masyarakat India di kawasan Sungai Siput telah menerima pembiayaan SPUMI berjumlah 11.27 juta,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) yang bertanyakan jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah SPUMI dan PENN serta perincian jumlah peserta menerima pinjaman berkenaan sehingga 30 September 2024, khususnya kawasan Parlimen Sungai Siput.


Bagi program PENN pula, Ramanan berkata, AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM22.7 juta kepada 2,644 usahawan India bagi tempoh Januari 2024 hingga 30 Septmber 2024.


Dalam tempoh itu juga katanya, seramai 99 usahawan masyarakat India di Sungai Siput telah menerima pembiayaan PENN berjumlah RM1.1 juta.


Selain itu, bagi menarik lagi minat usahawan muda India untuk menyertai skim pembiayaan di bawah KUSKOP seperti SPUMI dan PENN, Ramanan berkata pihaknya juga banyak melaksanakan inisiatif ke arah itu.


''Kita sedang melaksanakan banyak inisiatif seperti membuka kaunter promosi pada program pameran melibatkan AIM dan TEKUN selain menggunakan platform media sosial.


''Siri taklimat turut diadakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi seperti Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Kuala Lumpur & Selangor Indian Chamber of Commerce & Industry (KLSICCI).


"Program sukaneka juga akan dijalankan AIM di Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Kuang di Kuala Kangsar, Perak,'' ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page