top of page

TEKUN perkasa usahawan tempatan rebut peluang ekonomi pelancongan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30
  • 1 min read

Oleh: Hasbul Ahmad


Dalam persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) mengambil langkah proaktif memperkasa usahawan tempatan dalam usaha membuka ruang kepada produk-produk tempatan menembusi pasaran pelancongan.


Pengerusi Tekun, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar), berkata pelbagai strategi telah dirancang untuk memastikan usahawan mikro, khususnya golongan muda dan wanita, bandar dan luar bandar bersedia memanfaatkan limpahan pelancong antarabangsa yang dijangka mencecah 35.6 juta pada tahun hadapan.


"Saya telahpun mengeluarkan satu arahan iaitu memastikan bahawa, tumpuan kepada peniaga-peniaga muda, yang mengeluarkan produk-produk anak muda.


"Begitu juga kaum ibu, usahawan-usahawan peringkat Sdn. Bhd. Mereka ini ada ketegori-ketegorinya.


"Teman Tekun ini kita materialisasikan dekat kampung-kampung. Untuk menghasilkan produk-produk mereka, untuk menjadikan produk internasional, dan sekarang ini telah berjalan," kata Abdullah kepada Suara Keadilan.


Menurut Abdullah, setakat Jun 2025 TEKUN telah menyalurkan hampir RM400 juta pembiayaan daripada sasaran lebih RM1 bilion.


Katanya, walaupun dua bulan awal tahun ini terjejas akibat banjir, namun prestasi pembiayaan kekal kukuh dan menunjukkan keyakinan pasaran yang berterusan.


Mantan Ahli Parlimen Kuala Langat itu menjelaskan, antara pendekatan strategik yang digerakkan termasuk pembangunan produk kraf, makanan dan cenderamata di bawah bimbingan Jabatan Keusahawanan TEKUN.


"Tekun juga menjalinkan kerjasama dengan TikTok Shop untuk memasarkan produk usahawan secara digital yang telah menjana RM13 juta keuntungan dalam hanya empat bulan pertama tahun ini.


"Selain itu kita adakan latihan dan lawatan ke luar negara seperti ke China untuk membantu usahawan memahami kaedah pembungkusan dan penjenamaan bertaraf antarabangsa," tambah Abdullah lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page