top of page

TEKUN beri sumbangan RM100 bantuan persekolahan



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 120 murid dari keluarga kurang berkemampuan mendapat sumbangan bantuan wang tunai berjumlah RM100 daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Yayasan Bank Rakyat.


Program kemasyarakatan itu turut disekalikan dengan majlis berbuka puasa bagi menyantuni kelompok komuniti kurang bernasib baik tersebut.


Menurut Pengerusi TEKUN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, program berkenaan merupakan salah satu komitmen berterusan pihaknya bagi membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.


"Pemberian sumbangan ini kita harap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dalam menjalani ibadah puasa selain membantu memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Parlimen Kapar, di Bukit Raja Klang, petang tadi.



Majlis penyerahan bantuan itu juga mencerminkan komitmen agensi pembiayaan berkenaan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti serta menyuburkan budaya bersyukur serta berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat, khususnya warga Kapar.


Turut hadir Ketua Bahagian Pentadbiran Yayasan Bank Rakyat Khairul Naim Arifin, Ketua Jabatan Korporat dan Pemasaran Tekun Nooraida Ismail serta Ahli-Ahli Lembaga Tekun Datuk Normaziah Sheikh Mohamed dan Gunaletchumi Thilakan Arunasalam.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page