top of page

Teknologi dari Bangladesh, China hasilkan padi sekali tanam, tuai 13 musim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15
  • 2 min read

PM Anwar dibawa melawat sawah padi di Kelantan oleh Pengerusi Yayasan Akalbudi datuk Husam Musa
PM Anwar dibawa melawat sawah padi di Kelantan oleh Pengerusi Yayasan Akalbudi datuk Husam Musa

Oleh: Helmi Foad


Malaysia berpotensi untuk memajukan jelapang padinya dengan memanfaatkan teknologi baru yang diamalkan di Bangladesh dan China, dua negara yang menghasilkan pengeluaran beras tertinggi di dunia ketika ini.


Aktivis politik Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima lawatan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus di Kuala Lumpur baru-baru ini, dua saintis dari Bangladesh dan China telah dibawa ke Kelantan.


"Ia disertai Prof Dr Imtiaz, Ketua Saintis di Bangladesh Institute of Nuclear Agriculture (BINA) yang terkenal sebagai pencipta baka padi dan pakar bioteknologi tanaman.


"Turut hadir Prof Lin dari China, saintis yang menghasilkan teknologi rumput serbaguna Juncao dan pencipta benih padi jenis perennial yang mampu hidup sehingga 13 musim tuaian hanya dengan sekali tanam – teknologi yang telah dibuktikan keberkesanannya di Papua New Guinea," kata beliau dalam hantaran di Facebook.


Syam (kiri) bersama saintis dari Bangladesh
Syam (kiri) bersama saintis dari Bangladesh

Menurut data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), China merupakan pengeluar padi kedua terbesar dunia dengan 145.28 juta metrik tan atau 27 peratus pengeluaran global, diikuti Bangladesh di kedudukan ketiga dengan 36.6 juta metrik tan (7 peratus).


Malaysia berada di tangga ke-27 dengan pengeluaran 1.57 juta metrik tan (0.3 peratus).


Kedua-dua saintis tersebut dibawa ke Malaysia oleh Pengerusi Yayasan Akalbudi, Datuk Husam Musa dengan meninjau Baruh Padi Alami di Mulong, Kelantan yang diusahakan oleh Yusri Mohd Nor, pemilik Yayasan Ahmad Albab merangkap pengasas Yusri Maju Group.


Kerjasama ini dilihat membuka ruang kepada Malaysia untuk meningkatkan produktiviti padi, mengurangkan kebergantungan import beras dan memperkukuh sekuriti makanan negara melalui inovasi teknologi pertanian terkini.


"Jalan terus Perdana Menteri dan Datuk Husam, reformasi industri padi bermula," ujar Syam Ghaz yang juga seorang pengusaha tanaman padi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page