
Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang berjaya mempertahankan kedudukan bagi penggal 2022 - 2025, Syed Ibrahim Syed Noh berazam untuk memperkukuhkan parti demi membela rakyat.
Katanya, kepercayaan anggota beliau meneruskan khidmat buat penggal kedua sangat dihargai.
"Berazam untuk memperkukuhkan parti bersama Presiden, Timbalan Presiden dan pimpinan di semua peringkat demi pembelaan rakyat dan negara.
"Kepercayaan dan tanggungjawab yang diberi tidak boleh dipersiakan malah boleh ditegur jika tidak dilaksanakan semampu mungkin. Pada akhirnya, jawatan bukan satu keistimewaan tetapi satu taklif atau tanggungjawab.
"Terima kasih perwakilan dan pasukan yang memberi sokongan. Perjuangan akan diteruskan sebaik mungkin InsyaAllah," katanya.
Ahli Parlimen Ledang itu berkata, kali ini beliau akan merealisasikan agenda memperjuangkan kebajikan rakyat sebagaimana ungkapan Timbalan Presiden KEADILAN semalam, “masalah rakyat masalah kita, masalah kita masalah kita”.