Kesukaran hidup rakyat selepas pademik Covid 19 menarik perhatian calon Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh, Zainurizzaman Moharam.
Menurut beliau, terdapat begitu banyak isu rakyat yang perlu disuarakan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, begitu juga berazam akan menguatkan organisasi parti di cabang Sungai Buloh.
"Saya menyeru kepada saudara saudara mohon diberikan peluang sebagai Naib Ketua Cabang Sungai Buloh bagi mendepani cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan berlaku tidak lama lagi, dan juga mengambil kira kesensaraan rakyat lewat pelbagai krisis yang berlaku seperti isu ekonomi, pendidikan, pengangguran anak muda, masalah sosial dan sebagainya.
"Saya juga ingin mengajak saudara semua berjuang atas teras utama parti, selari dengan apa yang terkandung dalam Deklarsi Permatang Pauh 'sekuat daya melakukan perubahan'," katanya.
Bagi Zainurizzaman, prinsip politik beliau ialah mengutamakan penyatuan dalam parti untuk menumbangkan rejim BN - PN yang zalim.
"Oleh itu saya akan terus berkhidmat sama ada menang atau sebaliknya, berdasarkan teras yang saya bawa, iaitu penyatuan.
"Tidak kira siapa pun anda, sama ada berada di dalam atau pun di luar parti. Sama ada anda penyokong pihak sana atau pihak sini. Bersatulah, bangkitlah kita pertahan hak rakyat Malaysia.
"Kita harus membuang perasaan benci membenci, dendam antara satu sama lain dalam perjuangan getir ini kerana misi utama kita ialah melawan kerajaan korup, zalim dan tidak cekap," katanya lagi.
Tambah Zainurizzaman, beliau sanggup bekerja dengan sesiapa sahaja yang dipilih oleh anggota KEADILAN di Sungai Buloh demi menjayakan cita cita parti untuk menang dan merampas Putrajaya dalam PRU ke 15.
Zainurizzaman berkelulusan sarjana muda perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Pada kali ini beliau bertanding sebagai Naib Ketua Cabang Sungai Buloh, calon nombor 2.
Yorumlar