top of page

Tekad PM Anwar lawan rasuah bukan retorik - AMK Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengecam tindakan sekumpulan peserta himpunan "Gempur Rasuah 2.0" di Kota Kinabalu semalam yang bertindak membakar karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Penerangan AMK Sabah Mohd Nur Hilmi Milus, berkata walaupun KEADILAN menyokong gerakan rakyat yang memperjuangkan integriti dan ketelusan, tindakan membakar simbol pemimpin negara adalah keterlaluan dan tidak mencerminkan perbezaan pendapat yang matang serta beradab.


"Perlu diingat bahawa Datuk Seri Anwar adalah antara tokoh paling konsisten, tegas dan berani dalam membanteras budaya rasuah


"Tindakan sebegini bukan sahaja tidak menghormati prinsip perbezaan secara matang dan beradab, bahkan bertentangan dengan semangat serta sejarah panjang perjuangan perdana menteri menentang rasuah dan salah guna kuasa sejak era 1998," katanya dalam satu kenyataan.

Nur Hilmi sementara itu menegaskan, perjuangan membanteras penyelewengan merupakan sebahagian daripada teras reformasi KEADILAN, namun ia mesti dilakukan secara berhemah dan membina.


"Komitmen perdana menteri bukan sekadar retorik, tetapi telah dibuktikan melalui pelaksanaan pelbagai reformasi institusi dan dasar di bawah Kerajaan MADANI," tambahnya.


Terdahulu, seramai kira-kira 100 peserta — kebanyakannya pelajar universiti — menyertai perhimpunan bagi membantah skandal rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah. Mereka turut menuntut tindakan segera terhadap mereka yang terlibat.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, sebelum ini mengesahkan bahawa tiga individu, termasuk dua ADUN akan didakwa berhubung kes tersebut yang tular menerusi satu rakaman video pada November lalu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page