top of page

Teguran PMX terhadap golongan elit perlekehkan Bahasa Melayu tepat, wajar



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Sebagai warganegara Malaysia setiap orang daripada kita mesti mengutamakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.


Ia adalah kedudukan yang tiada kompromi, bahkan semua negara juga berbuat perkara yang sama.


Tidak ada negara yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing, bahkan mereka berbangga dengannya.


Sebab itu teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap golongan elit yang memandang lekeh bahasa kebangsaan dan lebih mengutamakan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang wajar dan tepat.


Sebelum ini, sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Anwar telah mewajibkan semua syarikat swasta yang berurusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan.


Jika menggunakan bahasa Inggeris, surat itu akan dipulangkan semula kepada mereka.


Ketegasan Perdana Menteri


Dalam tegurannya kepada golongan elit yang mengagungkan bahasa Inggeris, Anwar berkata, pelbagai kaum di negara ini seharusnya melupakan pertelingkahan mengenai bahasa, sebaliknya menguatkan iltizam dan mengambil satu pendirian serta komitmen untuk mememperkasakan Bahasa Melayu.


"Apabila ini dilakukan, kita akan lebih mudah memberi penumpuan kepada pemerkasaan Bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain," katanya.


Beliau seterusnya berkata, sikap obsesi dan keghairahan kelompok tersebut yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang salah.


"Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) Bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri .


"Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taksub dengan bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di Ipoh, semalam.


Anwar menambah, pemerkasaan ekonomi sesebuah negara juga perlu seiring dengan pemerkasaan budaya dan tamadun termasuk bahasa, seni dan sastera.


Katanya, kerajaan Madani di bawah pimpinannya akan terus komited dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggir bahasa-bahasa lain.


Diharapkan, semua kita, semua kaum dan semua kelompok, tidak kira elit atau rakyat biasa seharusnya tidak meragui lagi ketegasan Perdana Menteri dan kerajaan pimpinanya dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.


Kita bahkan wajib menyokong dan berpendirian sama seperti Perdana Menteri.


__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page