top of page

3,000 penerima dirai dalam sumbangan Aidilfitri Parlimen Indera Mahkota, Kuantan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Datuk Farhan (bersongkok) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar sekolah
Datuk Farhan (bersongkok) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar sekolah

Seramai 3,000 penerima diraikan dalam Program Sinar Syawal MADANI Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 yang diadakan di Jakel Kuantan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi berkata program tersebut diadakan bagi membantu golongan memerlukan untuk membuat persiapan Hari Raya dengan lebih sempurna.


Menurut beliau, sumbangan baucar pakaian Hari Raya bernilai RM200 diberikan kepada setiap penerima mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Saya amat bersyukur kerana berpeluang bersama-sama meraikan seramai 3,000 penerima dalam Program Sinar Syawal Madani Parlimen Indera Mahkota & Kuantan 2026 yang diadakan di Jakel Kuantan, Pahang.

Datuk Farhan mencuba baju melayu untuk seorang pelajar sekolah
Datuk Farhan mencuba baju melayu untuk seorang pelajar sekolah

“Mewakili YAB Perdana Menteri, saya menyalurkan sumbangan berupa baucar kupon pakaian Hari Raya bernilai RM200 kepada setiap penerima sebagai langkah meringankan beban persiapan raya agar sinar Aidilfitri dapat dirasai segenap lapisan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam daripada keluarga asnaf, pelajar sekolah rendah kategori asnaf, anak-anak yatim, pelajar maahad tahfiz, ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan.


Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Azaha Awang; Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Shaiful-Azizi Sukri Mohd Kassim; Pengarah Jakel Kuantan, Suhaimi Abdul Aziz; serta Mudir Pusat Pendidikan Ribath Al Musthofa Kuantan, Uwais Al-Qarni Abdul Wahab.


Farhan berharap program seumpama itu dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.


“Saya berharap program seperti ini dapat membawa kegembiraan kepada para penerima serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page