Tegakkan keadilan buat Bella, Menteri perlu bertindak terhadap rumah kebajikan haram - Farhash



Kes penganiayaan terhadap adik Bella yang masih dibicarakan di mahkamah menuntut kerajaan mengambil ikhtibar terhadap pengajaan kanak kanak kurang bernasib baik yang dioperasikan oleh individu persendirian atau dikendalikan NGO tetapi tidak berdaftar dengan Kementeriann Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPW).


Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador, Menteri KPW juga harus bertindak tegas terhadap rumah jagaan yang beroperasi secara haram dan menyekatnya daripada terus bercambah di seluruh negara.


"Insiden menyayat hati yang menimpa Bella perlu dijadikan iktibar buat semua penjaga di luar sana. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab untuk menuntut keadilan terhadapnya.


"Menteru KPW, Datuk Seri Rina Harun perlu bersikap tegas dalam kes ini supaya tiada sebarang gangguan terhadap urusan mahkamah berlaku dan kepatuhan undang undang mesti ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Farhash juga prihatin terhadap isu lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ahli pemegang Amanah YKN sedangkan dalam masa sama beliau juga merupakan penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda yang terkait dalam kes adik Bella.


Beliau berpendapat posisi Syed Azmi berkaitan perundangan seharusnya ditamatkan agar tidak mencetuskan konflik kepentingan.


"Tindakan kerajaan dalam melantik Syed Azmi boleh menjejaskan imej kerajaan untuk memastikan tiada konflik kepentingan dalam mana mana kes di bawah Akta 611 walaupun peranannya sebagai penasihat dianggap tidak berintegriti di dalam kes ini


"Saya juga berharap tiada sebarang campurtangan politik di dalam kes pengabaian dan penganiayaan berkenaan dan keadilan terhadap Bella perlu ditegakkan dalam apa jua cara sekalipun," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER