top of page

'Tebuk atap': Pembangkang perlu hormat rakyat mahu kestabilan



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) harus menumpukan sepenuhnya usaha melaksana semak dan imbang terhadap urusan pentadbiran kerajaan.


Ahli Majlis Parti KEADILAN Pusat, Abun Sui Anyit menyifatkan pembangkang ketika ini hanya dilihat bercakap kosong selain menyerang pemimpin Kerajaan Perpaduan dengan tohmahan tidak benar.


"PN yang telah memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada ‘Kerajaan Perpaduan’, mesti menghormati pengundi yang telah mengundi ahli Parlimen mereka," tegas beliau dalam kenyataan media.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Sarawak itu tindakan pemimpin pembangkang yang menyatakan hasrat untuk mengambil alih pentadbiran negara bukan melalui proses pilihan raya amatlah tidak demokratik.


Malah beliau mempersoalkan bagaimana rancangan itu boleh dijayakan sedangkan Undang-Undang Anti Lompat Parti yang bertujuan memastikan politik negara stabil telahpun dikuatkuasakan di negara ini.


"Pemimpin PN mengaku mereka sedang berusaha untuk mengatur langkah menubuhkan kerajaan 'Atap Bocor' seperti yang pernah disuarakan oleh Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.


"Kita tertanya-tanya manakah wakil rakyat yang menyokong mereka untuk membentuk Kerajaan Atap Bocor? Bolehkah wakil rakyat melompat sedangkan Undang-Undang Anti Lompat 2022 sudah dikuatkuasakan?" soalnya.


Justeru beliau berharap pembangkang berhenti mengkucar kacirkan minda rakyat dengan angan-angan merampas kerajaan sedia ada.

Rakyat jelasnya mahu melihat tenaga dan khidmat pemimpin pembangkang diguna sepenuhnya bagi memantau pentadbiran kerajaan.


"Hormatilah pengundi yang telah mengundi anda yang berharap anda berperanan sebagai wakil rakyat bukan pemfitnah.

Hentikan perbuatan mencerca dan menghina pemimpin terutamanya Perdana Menteri.


"Masa Perdana Menteri sepatutnya perlu digunakan untuk bekerja untuk rakyat bukan diganggu oleh karenah pemimpin pembangkang," tegas peguam itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page