Tawan Putrajaya, jadikan realiti - Anthony Loke
- Redzuan Shamsudin
- Oct 21, 2022
- 2 min read

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 perlu dijadikan titik perubahan total kepada pandangan politik rakyat Malaysia mengenai kebijaksanaan mengatasi penipuan dan pemerdayaan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook membayangkan PH bakal menang PRU 15 berdasarkan mood dan kebijaksanaan rakyat selepas melihat kebejatan BN - PN mengurus negara tanpa hala tuju dan kemerosotan ekonomi
"Itu gambaran yang saya bayangkan sekarang ini. Adakah bayangan itu boleh jadi realiti?
"Inilah bayangan, saya seorang yang penuh impian. Tetapi mimpi boleh menjadi realiti. Apa yang kita perlu, setiap kita bersatu hati realisiasikan impian ini," katanya dalam ucapan di Konvensyen PH, malam tadi.
Loke meyakinkan hadirin bahawa tempoh kucar kacir PH selepas Langkah Sheraton telah berlalu dan gabungan itu hari ini bangkit dengan perpaduan baharu yang lebih kental serta belum pernah dilihat sebelum ini.
"PH menempuh pelbagai cabaran selepas Langkah Sheraton. Ujian kepimpinan, berkenaan logo bersama atau tidak, apakah hala tuju PH.
"Dan saya berbangga untuk melaporkan pada malam ini soal kepimpinan kita jelas, bahawa kita hanya ada satu panglima besar iaitu Datuk Seri Anwar. Kita hanya ada seorang pengerusi. Soal logo kita selesai
"Kita pernah hadapi ujian Pilihan Raya Negeri Johor, kita pakai logo berasingan. Soal logo beberapa minggu lalu kita putuskan, kita pakai logo PH.
"Dari segi pembahagian kerusi kita selesai dan akan diumumkan nanti, manifesto juga kita ada kesepakatan," katanya.
Justeru itu, menurut Loke, serang hendap BN dengan mengadakan PRU awal tidak akan menggugat jentera dan semangat pemimpin PH.
Katanya, PH akan mara dengan semangat meruntuhkan kebejatan BN - PN di Putrajaya.
"Daripada saat ini hingga 19 November kita mesti bersatu padu. Apa berbezaan di kalangan kita, mesti kita ketepikan. Kita satukan hati, matlamat, kita nak menang Putrajaya.
"Kita mahu menangkan Kerajaan Persekutuan. Saya dan rakan dari DAP adalah parti politik setiakawan kepada PH," umum Loke lagi.
Comments