top of page

Tautan Kasih MADANI DUN Moyog, rapatkan AMK, penduduk setempat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 2
  • 1 min read


Ketua AMK Cabang Penampang, Tuan Eldridge Laurence Timis berucap selaku penganjur program
Ketua AMK Cabang Penampang, Tuan Eldridge Laurence Timis berucap selaku penganjur program

Program Tautan Kasih MADANI DUN Moyog yang berlangsung di Dewan Gawir Madsiang, Penampang, Sabah baru baru ini berjaya merapatkan hubungan antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia dan penduduk setempat.


Menurut satu kenyataan, sebanyak 1,300 orang penduduk dari sekitar Moyog hadir dalam majlis itu.


"Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kepimpinan AMK dengan masyarakat setempat sambil memperkukuh semangat perpaduan dan nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Kerajaan Perpaduan," katanya.


Majlis tersebut juga menampilkan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan serta sesi dialog rakyat bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada komuniti.


Lautan hadiri menghadiri Program Tautan Kasih MADANI DUN Moyog
Lautan hadiri menghadiri Program Tautan Kasih MADANI DUN Moyog

"Kehadiran pemimpin muda dari seluruh negara membuktikan komitmen berterusan AMK untuk turun padang dan mendengar suara rakyat, khasnya golongan belia Sabah," kata kenyataan itu lagi


Selain itu, program berkenaan menzahirkan hasrat untuk terus memperkukuh nilai inklusif, prihatin, dan cakna terhadap keperluan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Kamil Munim; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Izuan Kasim; Ketua Cabang KEADILAN Penampang, Alex Chang; dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Nabil Halimi.


Ketua AMK Cabang Penampang, Tuan Eldridge Laurence Timis bertindak selaku penganjur program.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page