top of page

'Tatakelola baik, tahun 2023 paling banyak bantuan untuk rakyat'



Tahun 2023 mencatat sejarah apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan paling banyak bantuan kepada rakyat yang memerlukan dalam Belanjawan 2023.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal itu kerana berlakunya tatakelola yang baik di peringkat pengurusan tertinggi negara. Hasil yang dijimatkan kemudiannya dipulangkan kepada rakyat.


"Tahun ini paling tinggi program bantuan kepada orang miskin, nelayan, pekebun kecil. Ini kali pertama dan paling tinggi dalam sejarah kita tumpu bagi sumbangan kepada orang miskin kerana kita tidak izin pemimpin ambil dana rakyat. Tatakelola kita kena urus dengan betul. Jadi inflasi turun, defisit turun.


"Hasil, ini menarik. Lembaga Hasil Dalam Negeri lapor hasil kita bertambah. Dari mana? Orang dulu curi curi tak bayar cukai sekarang semua bayar cukai. Yang orang bawah bayar cukai. Orang kaya di atas buku akaun ada 2, 3, 4 dia lari dari cukai.


"Tetapi sekarang dia tahu dia tak boleh sogok pemimpin, maka hasil kita perolehi itu meningkat," katanya dalam ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani dan Jelajah Aidilfitri Kita Selangor di Gombak, malam tadi.


Selain itu, Anwar juga memberi sedikit perincian mengenai peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk negeri Selangor yang katanya mencecah RM6.3 bilion berbanding RM5.4 bilion pada 2022.


Antaranya, projek pembinaan 4 buah sekolah baharu di Denai Alam, Kelang, Sepang dan Setia Alam RM285 juta. Program perumahan rakyat Selangor RM55 juta. Pembesaran Lapangan Terbang Subang, pembangunan Pelabuhan Pulau Carry di Klang dan sebagainya.


Bagi rakyat pula, kata Anwar, ratusan juta ringgit disumbangkan melalui pemberian bantuan tunai.


"428,446 rakyat Selangor yang berpendapatan rendah mendapat sumbangan Tunai Rahmah RM274 juta. Bantuan kebajikan rakyat melalui Jabatan Kebaijkan Masyarakat pula RM236 juta," katanya.


Begitu juga dalam isu yang membimbangkan rakyat selepas banjir luar biasa melanda pada 2021 lalu.


Menurut Anwar, RM3 bilion projek tebatan banjir melibatkan 3 sungai utama telah diluluskan. Semua itu katanya boleh diperuntukkan segera kerana penjimatan dana yang dilakukan.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page