Tarikh Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat pusat ditangguh kepada 8, 9 Mei
- Suara Keadilan
- 18 minutes ago
- 1 min read

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) hari ini telah menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat pusat yang dijadual pada 3 dan 4 Mei.
Menurut Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, JPP telah bersetuju untuk didakan tarikh baharu selepas penangguhan itu.
"Dimaklumkan bahawa JPP telah memutuskan untuk menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat Pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei 2025.
"Tarikh baharu bagi Pencalonan Peringkat Pusat akan berlangsung pada 8 Mei 2025, bermula 12.00 pagi sehingga 9 Mei 2025 pada jam 11.59 malam.
"Proses ini akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, kata Dr Zaliha, anggota KEADILAN yang berminat menawarkan diri menjadi calon Pemilihan Parti Peringkat Pusat hendaklah mengisi dan melengkapkan borang pencalonan melalui pautan https://pencalonanpusat.keadilanrakyat.org