
Tarikh bagi pencalonan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN telah dipinda dari 28 Mei kepada 29 Mei 2022.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, pindaan itu terpaksa dibuat di atas sebab sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.
"Selaras dengan pekeliling JPP Bil 01/2022 bertarikh 4 Mac 2022, maka tarikh pencalonan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda Pusat dan Wanita Pusat telah dipinda ke Ahad 29 Mei 2022," katanya.
Masa pencalonan, ujar Dr Zaliha, adalah mulai 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada hari berkenaan untuk pencalonan atas talian menggunakan aplikasi ADIL
Manakala bagi pencalonan fizikal pula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pusat pencalonan bertempat di bilik media Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.