top of page

Tarik pelaburan dalam teknologi baharu antara fokus kerajaan



Malaysia terus giat menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu seperti teknologi kewangan, e-dagang dan kesihatan digital.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata sebagai sebahagian usaha itu Malaysia telah mewujudkan sandbox kawal selia untuk menggalakkan inovasi dan menyediakan ruang selamat untuk menguji idea baharu.


"Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program insentif dan geran untuk menyokong syarikat permulaan teknologi dan menarik pelaburan langsung asing," katanya dipetik.


Perkara itu dinyatakan Teo pada ucaptama bertajuk "Teknologi Memacu Perubahan" di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 di China, semalam.


Sementara itu tambahnya, Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa, pelabur dan inovator.


Malaysia tegasnya merupakan lokasi strategik untuk syarikat teknologi mengembangkan pelaburannya ke rantau Asia sekaligus merealisasikan sepenuhnya potensi pelaburan teknologi dan digital rantau ini.


"Dengan bekerjasama, kami dapat memanfaatkan kekuatan kami, berkongsi pengetahuan dan memacu perubahan transformatif dalam industri," katanya.


Selain itu tambahnya, ekonomi digital adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia, menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2021.


"Angka ini diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025," katanya


MWC Shanghai 2023 yang berlangsung dari 28 hingga 30 Jun 2023 menyaksikan penyertaan kira-kira 300 peserta pameran, termasuk pemain global besar seperti Huawei.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page