top of page

Tarik balik rayuan, jangan nafikan hak warganegara


Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa menggesa kerajaan supaya menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang memberikan hak warganegara kepada anak-anak yang lahir di luar negara tetapi mempunyai darah keturunan Malaysia menerusi ibu.


Beliau menyifatkan, tindakan itu menunjukkan bahawa kerajaan seolah-olah mahu terus menafikan hak mereka dalam isu kewarganegaraan.


"Kumpulan ibu menuntut kepada mahkamah dalam hak warganegara kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara tapi mereka warga Malaysia, suami warga asing dan mereka dinafikan hak itu sebelum ini.


"Mereka dah menang dan sekarang kerajaan nak buat rayuan.


"Saya minta kerajaan harus memberhentikan rayuan dan melaksanakan dasar dalam keputusan kes ini yang cukup jelas perlu diselaras dengan hak sama rata ibu dan bapa," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Katanya lagi, adalah wajar untuk kerajaan membenarkan semua ibu Malaysia untuk memberi kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.


"Jangan menafikan hak mereka. Mereka nak jadikan anak mereka anak Malaysia, kenapa kita nak halang?


"Jadikan ia sebagai dasar supaya ratusan ibu-ibu tidak perlu menunggu kes daripada mahkamah dan puas hati apabila hak mereka diiktiraf kerajaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page