Tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta ke Indonesia - Wong Hon Wai



Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menarik balik pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia.


Hal itu kerana, menurut Ahli Parlimen DAP itu, Tajuddin melalui ucapan politiknya sejak kebelakangan ini kurang sesuai untuk memegang jawatan yang memerlukan skil diplomatik tinggi sebagai wakil Malaysia.


"Pembongkaran politik oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman telah membuka mata rakyat Malaysia tentang pergolakan politik peringkat tertinggi Umno.


"Saya ingin menggesa Perdana Menteri untuk membatalkan perlantikan beliau sebagai Duta Besar ke Indoneisa.


"Adalah memalukan negara apabila percakapan beliau di sidang media (kelmarin) dan sebelum ini di Parlimen dan di beberapa insiden, dan beliau terbukti tiada keterampilan diplomatik untuk memikul tanggungjawab penting sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Wong, Tajuddin sebelum ini juga dianggap tidak berwibawa menyandang jawatan Pengerusi GLC Prasarana, dan dipecat pada Mei 2021 oleh Menteri Kewangan selepas kejadian kemalangan terburuk Laluan LRT Kelana Jaya mengakibatkan 213 penumpang cedera dan lebih daripada 60 dihantar ke hospital.


Tegas beliau, PM tidak seharusnya menggunakan jawatan awam untuk memuaskan hati penyokong beliau sekiaranya memang tidak berkelayakan.


"Perlantikan jawatan awam haruslah berdasarkan kelayakan, pengalaman serta personaliti bersesuaian dan bukan berdasarkan pertimbangan politik.


"Perlantikan Tajuddin sebagai Duta Besar ke Indonesia belum disempurnakan memandangkan beliau belum menerima surat watikah secara rasmi dari Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Pelantikan Tajuddin belum sempurna memandangkan majlis penyerahan watikah yang dijadualkan minggu lalu terpaksa dibatalkan memandangkan Agong dilaporkan mengalami gering di bahagian kaki.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER