top of page

Tarif gas turun 5 - 9% mulai tahun hadapan



Tarif gas akan turun sebanyak 5 - 9% mulai Januari 2023.


Hal itu diumumkan oleh Menteri Ekonomi, Mohd rafizi Ramli dalam satu kenyataan media.


Menurut Rafizi, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Disember lalu telah bersetuju untuk mengurangkan tarif purata asas penggunaan kemudahan gas yang perlu dibayar oleh pengguna bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025.


"Penetapan tarif kemudahan gas yang ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap tempoh kawal selia adalah sebahagian dari kerangka kawal selia pasaran gas di negara ini, di bawah rangka kerja Incentive Based Regulation (IBR)," katanya.


Kata Rafizi, tarif baru kemudahan gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025 adalah melibatkan empat kemudahan gas iaitu terminal penggasan semula milik Regas Terminal (Sg. Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU), terminal penggasan semula milik Pengerang LNG (Two) Sdn. Bhd. (RGTP), talian paip penghantaran milik PETRONAS Gas Bhd. (PGB) dan talian paip pengagihan milik Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD).


"Purata tarif asas bagi RGTSU kekal sepertimana tempoh RP1 pada kadar RM3.455/gigajoule (GJ)/hari. Tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023


"Purata tarif asas bagi RGTP turun sebanyak 9.2% pada kadar RM3.165/GJ/hari berbanding RM3.485/GJ/hari dalam tempoh RP1. Tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023


"Manakala purata tarif asas bagi PGB juga turun sebanyak 5.8% pada kadar RM1.063/GJ/hari berbanding RM1.129/GJ/hari bagi tempoh RP1," katanya.


Tambah Rafizi, Penurunan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh RP2 tersebut dijangka akan memberi penjimatan dari segi kos tenaga kepada industri. Bergantung kepada jumlah isi padu penggunaan gas, penurunan purata tarif kemudahan gas tersebut diunjurkan bakal diterjemahkan kepada penjimatan


Katanya, segmen penghantaran mengikut kategori pengguna akan menikmati penjimatan di antara RM5.5 juta hingga RM33.2 juta bagi tahun 2023


Segmen pengagihan mengikut kategori pengguna sama ada kediaman, komersial atau industri pula menikmati penjimatan di antara RM4,000 hingga RM55.9 juta bagi tahun 2023.


"Saya berharap penurunan tarif kemudahan gas ini akan membantu industri berhadapan dengan kenaikan kos mendadak dan seterusnya diterjemahkan sebagai satu lagi usaha mengawal kenaikan kos sara hidup untuk manfaat rakyat," katanya lagi

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page