top of page

Tarif AS: Unjuran KDNK 2025 akan disemak semula - Zafrul

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kedudukan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sekitar 4.5% hingga 5% akan disemak semula apabila terdapat kepastian lebih tinggi terhadap dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan dua hala berhubung tarif timbal balik yang diumumkan negara itu bulan lalu.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, ketidakpastian unjuran itu tidak akan menjejaskan maklum balas terhadap dasar kerajaan.


''Kita (kerajaan) akan terus bertindak secara bersasar dan (bertindak) berdasarkan data termasuk pemantauan rapi terhadap penunjuk mikro ekonomi serta perkembangan dasar perdagangan antarabangsa.


''Ia bertujuan memastikan kestabilan ekonomi dan perlindungan kepada golongan yang terkesan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjelaskan perkara itu dalam sidang khas yang diadakan bagi membincangkan mengenai isu tarif timbal balas AS.


Pada April lalu, AS menerusi Presidennya, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 24%, ke atas import dari Malaysia.


Selain Malaysia, negara lain turut dkenakan tarif iaitu China sebanyak 34%, Kesatuan Eropah 20%, Vietnam 46%, Sri Lanka 44%, Kemboja 49%, Laos 48% dan Myanmar 44%.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page