top of page

Tarif AS: Rakyat marhaen mungkin terjejas, perlu terangkan kesan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 18
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Isu kenaikan tarif yang diumumkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini disifatkan sebagai masih berada pada peringkat awal namun berpotensi memberi kesan menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, termasuk golongan peniaga kecil.


Juliyus Allen, Setiausaha Pertubuhan Impian Kemajuan Negara (IKN) berkata, kenaikan tarif tersebut satu petanda awal kepada perubahan drastik dalam landskap perdagangan antarabangsa yang dijangka turut memberi kesan kepada Malaysia.


"Kesan kenaikan tarif ini dijangka bersifat menyeluruh, daripada sektor awam hinggalah kepada “Makcik Kiah” yang menjual pisang goreng dan nasi lemak.


"Kenaikan tarif bermaksud harga import-eksport akan naik dan juga harga barangan runcit akan naik, iaitu barang-barang yang kita pakai sehari-harian.


"Bagi saya, isu tarif ini perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam daripada kerajaan khususnya daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


"Penting isu ini diperjelaskan dengan lebih teliti agar rakyat memahami kesan jangka pendek dan panjang terhadap ekonomi serta kehidupan harian mereka," kata Juliyus ketika ditemui di perkarangan Dewan Merdeka Tapah baru baru ini.


Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggunakan kedudukan kepengerusian ASEAN olah Malaysia sebagai platform perundingan terbaik bagi mendapatkan syarat dan kadar tarif yang lebih menguntungkan negara.


Dalam hal ini, beliau turut menekankan peranan penting Kementerian Luar dalam menjalin hubungan diplomatik yang kukuh.


"Selain itu kerajaan patut menggunakan platform kepengerusian ASEAN untuk merundingkan syarat dan terma bukan sahaja dari segi kadar tarif, tetapi dari sudut hubungan diplomatik.


"Kementerian Luar perlu memainkan peranan yang besar, sebab tanpa syarat dan ikatan diplomatik, kita tak boleh menyatupadukan negara-negara yang bakal dikenakan tarif termasuk keatas negara kita," ujarnya lanjut.


Tambah beliau, peranan kementerian lain seperti Kementerian Ekonomi juga penting dalam menggubal dasar atau pendirian khusus bagi menangani kesan langsung terhadap rakyat, terutama dalam hal-hal rutin harian seperti kos sara hidup.


"Saya harap YB Rafizi selaku Menteri Ekonomi dapat merangka satu skim atau pendirian jelas untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kenaikan tarif ini," katanya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page