top of page

Tarif AS: KPDN pastikan harga barangan keperluan asas stabil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 1 min read


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemantauan rapi bagi memastikan harga barangan asas di pasaran tempatan tidak naik mendadak.


Timbalan Menterinya, Dr Fuziah Salleh menyatakan komitmen itu sebagai menjawab kebimbangan orang ramai susulan cadangan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) diumumkan Presiden Donald Trump baru-baru ini.


"KPDN seperti biasa sentiasa memerhati, memantau harga barangan setiap hari. Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemeriksa harga KPDN menjalankan pemantauan berterusan, khususnya terhadap barangan keperluan asas.


"Kita harus faham bahawa fokus utama KPDN adalah terhadap barangan keperluan seperti minyak, gula, telur, ayam dan sebagainya. Kalau barang-barang lain di luar bidang kuasa kita," katanya dipetik.


Dr Fuziah berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat KPDN Pahang di Indera Mahkota pada Rabu.


Beliau sementara itu menjelaskan, cadangan kadar tarif itu ketika ini tidak menjejaskan harga barangan keperluan asas dengan kebanyakkannya masih kekal stabil.


Trump pada 2 April lalu mengumumkan pelaksanaan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua negara.


Selain itu negara berkenaan mengenakan duti import lebih tinggi dikenakan terhadap beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.


Namun Trump kemudian mengumumkan penangguhan selama 90 hari terhadap pelaksanaan tarif itu kepada 75 negara termasuk Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page