top of page

Tarif AS: Enam strategi kerajaan persiap pertumbuhan jangka panjang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Langkah kerajaan merangka enam strategi berdepan tarif timbal balik yang diperkenalkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) merupakan pendekatan strategik yang berpandangan jauh dalam menangani cabaran ekonomi semasa serta membina asas kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang negara.


Menurut Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, pelaksanaan Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) adalah bukti keupayaan kerajaan bertindak secara responsif dan proaktif dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.


"Keputusan berasaskan data bukan sahaja meningkatkan kecekapan dasar, malah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ketelusan serta kebolehramalan hala tuju negara.


"Ini amat penting untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, sama ada dari dalam mahupun luar negara," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Dewan Rakyat berkata, reformasi ekonomi di bawah Kerangka Ekonomi MADANI memberi penekanan kepada pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.


"Strategi ini mampu menjadi asas masa depan ekonomi dan daya saing jangka panjang Malaysia," jelas Pengerusi Parti AMANAH Johor itu lagi.


Dalam pada itu Aminolhuda turut mencadangkan tiga keutamaan yang perlu diberi tumpuan kerajaan antaranya adalah melalui pengurangan beban Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui program ambang kadar cukai pendapatan


"Cukai 15 peratus bagi pendapatan bercukai bawah RM150,000 dicadang dinaikkan ambangnya kepada RM300,000 dan ambang bagi kadar 17 peratus dinaikkan daripada RM600,000 kepada RM700,000.


"Ini boleh memberi penjimatan sehingga RM10,000 setahun kepada PKS dan membantu aliran tunai serta daya saing mereka," ujarnya.


Cadangan kedua beliau agar kerajaan memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dan mempelopori dasar ‘ASEAN-First’ khususnya dalam perolehan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperkukuh integrasi serantau dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran luar yang tidak menentu.


Manakala cadangan ketiga beliau agar Malaysia menjadi peneraju perdagangan digital ASEAN yang mampu memacu transformasi ekonomi serantau, khususnya dalam sektor seperti e-dagang, teknologi kewangan (fintech), dan kecerdasan buatan (AI) yang kurang tertakluk kepada sekatan tarif konvensional serta menawarkan potensi pertumbuhan tinggi dalam ekonomi digital masa depan.


"Masa depan perdagangan adalah digital. Jika produk fizikal dikenakan tarif, kita harus beralih ke sektor seperti e-dagang, fintech, dan kecerdasan buatan (AI) yang kurang tertakluk kepada sekatan tarif konvensional," tambahnya lagi.


Mengulas lanjut, Aminolhuda yakin kerajaan mempunyai kemahuan politik dan keupayaan teknikal untuk menangani cabaran semasa, terutama dengan pelaksanaan strategi yang realistik dan berdasarkan data.


"Langkah seperti Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi dan sesi khas Parlimen mengenai isu tarif AS membuktikan kerajaan bertindak pantas dan telus," jelas beliau.

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page