top of page

Tarif air T'ganu naik, tingkatkan mutu kecekapan - KEADILAN Kemaman



Kenaikan tarif air yang tidak dijadikan senjata menyerang Kerajaan Madani oleh pemimpin PN dan laskar siber mereka kerana Kerajaan Negeri pembangkang turut menginginkannya boleh menjadi satu kaedah berpolitik matang pada masa hadapan dalam hubungan pusat-negeri.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, beliau melihat perkembangan tersebut sebagai suatu kesedaran politik yang baik dalam menguruskan hal hal terkait keperluan asas rakyat.


Bagi beliau, dalam konteks Terengganu, kenaikan tarif air seharusnya digunakan untuk meningkatkan lagi mutu dan kecemerlangan perkhidmatan Syarikat Air Terengganu (SATU) kepada pelanggannya.


"KEADILAN Kemaman menyambut baik keputusan kenaikan tarif air, tetapi ia mestilah disusuli perkhidmatan yang lebih baik dan kompeten, misalnya NRW (air tidak berhasil) perlu dapat dikurangkan dan rizab air Terengganu perlu bertambah. Itu yang penting.


"Terengganu dalam konteks Kemaman pula, populasi penduduk dalam 200,000 dan makin bertambah. Jadi perlukan sistem bekalan air yang lebih efisien dan kompeten," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Ahmad Nadhir, kecekapan perkhidmatan air sangat penting agar isu seperti kerosakan paip di Besut yang mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk dibaiki baru baru ini, tidak berulang.


Katanya, rakyat Terengganu telah bosan mendengar alasan setiap kali paip utama pecah dan mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki, sedangkan hal itu tidak berlaku di negeri lain.


"Diharapkan dengan kenaikan tarikf air, selari dengan peningkatan mutu kecekapan perkhidmatan Syarikat Air Terengganu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page