top of page

Tarif air: Kesejahteraan rakyat jadi asas utama pentadbiran Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kebaikan adalah pelaburan yang tidak akan pernah gagal. Prinsip itulah yang dipegang Kerajaan Negeri Selangor dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kelestarian perkhidmatan asas negeri.


Selepas mencatat rekod 16 tahun tanpa pelarasan tarif air, Selangor hanya mula menyemak semula kadar tersebut pada 2022 dan sekali lagi pada tahun ini, bagi memastikan ia perkhidmatan itu kekal relevan dengan keperluan semasa.


Bagaimanapun Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) memberi jaminan bahawa pelarasan terbaharu dibuat secara seimbang dan tidak akan membebankan rakyat Selangor.


"Penggunaan domestik 20m³ tidak mengalami sebarang kenaikan tarif. Malah, pengguna yang mendaftar dengan Skim Air Darul Ehsan (SADE) akan terus menikmati manfaat tambahan," katanya.


Saifuddin berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri taklimat bersama Air Selangor yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Adam Saffian, di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.


Sementara itu tambahnya, dengan penyelarasan tarif tersebut, kualiti perkhidmatan untuk rakyat akan dapat dipertingkatkan selain menjamin penggunaan domestik dan industri yang hasilnya akan diterjeman menerusi kelestarian pembangunan Selangor di masa hadapan.


Sebanyak 10 buah negeri di Semenanjung termasuk Selangor bakal menaikkan tarif air susulan semakan semula tarif berikutan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini menegaskan, kenaikan tarif baharu tidak akan membabitkan pengguna yang menggunakan air antara 20 hingga 35 meter padu (m³) sebulan yang menikmati kadar RM0.65 per m³.


Malah jelasnya, bagi meringankan lagi beban kos hidup rakyat Selangor, Kerajaan Negeri akan meningkatkan had pendapatan isi rumah yang layak untuk menerima faedah SADE daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page