TAR UC masih dapat dana kerajaan, tapi Pas langsung tidak bising?


Status Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR UC) sentiasa menjadi perdebatan dalam politik negara, bagaimana sebuah universiti swasta boleh mendapat dana daripada kerajaan.


Kewujudan TAR UC diperincikan dalam buku berjudul Southeast Asian Personalities of Chinese Descent: A Biographical Dictionary.


Pada 1968, MCA berhasrat untuk mendapatkan dana kerajaan bagi menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi yang dinamakan Universiti Merdeka


Namun, kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman menolak usul MCA kerana mereka mahu menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.


Bagi mengambil hati Tunku, MCA yang ketika itu diterajui oleh Tan Siew Sin dan timbalan presiden MCA, Khao Kai Boh akhirnya memperkenalkan sebuah institusi pendidikan dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan menamakannya sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman.


Usul itu diterima oleh kerajaan dan kolej itu mendapat RM20 juta untuk memulakan operasi pada Februari 1969. Sejak itu, kolej itu sentiasa mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.


Sejak itu juga, jawatan pengerusi sentiasa diterajui oleh presiden MCA termasuk Tan Siew Sin, Lee San Choon, Ling Liong Sik, Ong Ka Ting, Chua Soi Lek, Liow Tiong Lai dan kini Wee Ka Siong.


Legasi MCA cukup besar dalam kolej itu yang dinaik taraf kepada universiti kolej iaitu TAR UC pada 2013.


Dua bangunan TAR UC dinamakan sempena presiden MCA iaitu Tan Siew Sin dan Lee San Choon merupakan salah satu legasi parti politik itu.


Sebahagian besar Lembaga Amanah TAR UC juga merupakan ahli MCA.


Walaupun Wee Ka Siong mempertahankan kedudukan MCA dalam TAR UC dan menyifatkannya sebagai perjanjian dengan kerajaan, penglibatan MCA sebagai sebuah parti politik dalam menguruskan institusi pengajian tinggi cukup luar biasa.


Latar belakang TAR UC ini sepatutnya menjadi pengetahuan umum, namun ia seolah-olah dilupakan ketika zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Kementerian Kewangan yang diterajui Lim Guan Eng mahu terus memberikan dana, dengan syarat MCA tidak boleh terlibat dalam menyalurkan dana kepada TAR UC, bagi mengelak daripada tuduhan salah guna dana pendidikan.


Umno dan Pas bertindak menyalakan isu perkauman dengan menuduh kerajaan PH menyalah guna kewangan untuk membantu institusi berasaskan kaum Cina dan mendakwa kerajaan meminggirkan sekolah kerajaan dan agama.


Namun setelah Umno dan Pas mentadbir negara, Kementerian Kewangan kembali menyalurkan kewangan kepada TAR UC tanpa syarat.


Anehnya, parti-parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam ini langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mempersoalkan dana kerajaan terhadap sebuah universiti Cina.


MCA pula gembira TAR UC mendapat dana kerajaan. Sebuah universiti swasta mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, tidak malukah mereka?


Di manakah pula suara pemimpin Umno dan Pas? Kerajaan bagi bantuan kepada sekolah Cina, kenapa mereka tidak marah kepada MCA, sama macam mereka marah kepada DAP?

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio