top of page

Tapisan calon: Cabang lemah tidak layak tuntut kerusi - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 5
  • 2 min read
DS Anwar berucap mengupas isu pemilihan calon bagi PRN Johor dalam Konvensyen KEADILAN Johor
DS Anwar berucap mengupas isu pemilihan calon bagi PRN Johor dalam Konvensyen KEADILAN Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi isyarat jelas bahawa hanya cabang KEADILAN yang benar-benar kukuh dan tersusun akan diberi kepercayaan dalam penentuan calon pilihanraya akan datang.


Presiden KEADILAN itu menegaskan beliau tidak akan menandatangani watikah pencalonan sekiranya tidak yakin dengan kekuatan dan kesiapsiagaan sesebuah cabang.


“Ini soal parti perjuangan. Kita telah melalui pelbagai cabaran, tetapi akhirnya kekuatan dalaman itu yang menentukan,” katanya dipetik ketika berucap pada Konvensyen KEADILAN Johor.


Menurut beliau, ukuran sebenar kekuatan parti bukan hanya pada strategi atau retorik, tetapi sejauh mana jentera di peringkat akar umbi mampu digerakkan secara berkesan.


Dalam nada tegas, Anwar turut mengingatkan bahawa cabang yang lemah prestasinya tidak seharusnya membuat tuntutan kerusi. Keadaan di Johor katanya, agak baik apabila KEADILAN berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen, menunjukkan ukuran sebenar kekuatan ialah sokongan rakyat.


Beliau menambah, pemilihan calon akan dibuat secara teliti melalui rundingan bersama rakan gabungan termasuk Pakatan Harapan (PH), namun prinsip parti tidak boleh dikompromi.


Sementara itu, Anwar menolak tanggapan bahawa jawatan dalam parti secara automatik melayakkan seseorang menjadi calon.


“Kita tahu dalam pilihan raya, bicara boleh hebat, teori banyak, strategi canggih, tetapi jika kekuatan di bawah hambar, kita akan gagal


"Tiadalah automatik. Yang menjadi calon ialah mereka yang bekerja dengan dedikasi dan mampu memenangkan parti," katanya.


Mengimbas kembali fasa sukar yang pernah dilalui KEADILAN, beliau berkata pengalaman berdepan gangguan dan serangan ketika ceramah harus menjadi peringatan agar anggota tidak leka dengan keselesaan semasa.


“Kita pernah dibaling batu, disekat dan diusir, tetapi sekarang kita tidak lagi berdepan dengan keadaan itu. Namun semangat itu jangan sampai luntur kerana rasa selesa,” katanya.


Turut hadir pada program tersebut ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Naib Presiden KEADILAN, R. Ramanan; serta Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Sebelum ini, Dr Zaliha memaklumkan bahawa parti mengenal pasti 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang dijangka berlangsung sama ada pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page