top of page

Tapak warisan UNESCO: Kenapa Melayu Tidak Cadang Kg Melayu?



Oleh: Dr Bam Al Haj


ULASAN: Baru-baru ini isu kenyataan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mencadangkan agar Kampung Baru Cina di tujuh negeri dijadikan tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO menjadi gempar.


Maka beberapa Tiktok dan YouTube muncul menempelak kerajaan kononnya hak Melayu sudah tergadai. Disuruhlah kerajaan menolaknya dan jika tidak rakyat akan menolak kerajaan.


Ini pandangan yang herot. Kampung Baru Cina itu memang milik Cina sejak sekian lama mengikut undang-undang. Tidak timbul isu ia boleh sewenang-wenangnya dikatakan hak Melayu dan boleh dirampas oleh kerajaan.


Undang-undang jelas tentang hal ini. Ada pun dia mahu mohon pengiktirafan UNESCO bukanlah hal besar. Kampung Morten di Melaka sudah lama diiktiraf sebagai warisan dunia. Adakah dengan wujudnya Kampung Morten itu, ia menggugat kedudukan orang Melayu? Sama sekali tidak.


Pengiktirafan hanya cadangan


Lagi pun Kampung Baru Cina wujud pada 1948 dan belum 100 tahun. Baharu 86 tahun. Masih jauh lagi. Tetapi begitulah pandangan jauh seorang pemimpin Cina.

Isu yang lebih besar ialah kenapa setelah 124 tahun, tiada seorang pun Menteri Melayu yang mencadangkan Kampung Baru, Kampung Dato Keramat dan sebagainya dijadikan tapak warisan dunia UNESCO? Kampung Abdullah Hukum (di Kuala Lumpur) sudah tiada. Kampung Kerinchi pun sama.


Pengiktirafan UNESCO itu bertujuan supaya tapak itu tidak boleh dibangunkan sewenang-wenangnya dan digantikan dengan bangunan baharu supaya generasi akan datang kenal asal-usul dan sejarah kampung itu.


Sejarah bagaimana Inggeris memerintah dan memberikan tanah itu kepada penduduk Cina supaya tidak memberikan bantuan kepada komunis, dan sejarah betapa baiknya jiwa besar para pemimpin Melayu dahulu yang sanggup bertolak-ansur dengan pendatang untuk berkongsi bumi Tanah Melayu ini dengan orang bukan Islam dan orang asing.

Sejarah ini patut ditonjiolkan supaya orang Cina tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.


Pejuang Melayu perlu angkat kampung Melayu


Sebagai pejuang Melayu, kitalah yang patut ke hadapan mencadangkan agar Kampung Baru dan Kampung Dato Keramat sebagai tapak warisan dunia, dan bukan menjadikan isu Kampung Baru Cina sebagai modal politik sempit.


Menteri Wilayah Persekutuan (WP) perlu diingatkan agar dalam kerancakan membangun kota kosmopolitan Kuala Lumpur, kampung-kampung tradisi Melayu juga perlu dipertahankan dan dibangunkan, tanpa menghilangkan identiti keMelayuannya. Di setiap Parlimen di WP Kuala Lumpur wajib dibangunkan satu mercu tanda yang melambangkan jati diri Melayu dengan mengukuhkan tradisi Melayu sedia ada.


Antaranya tradisi kesenian, kraftangan, silat, seni bina Melayu, cara hidup Melayu yang penuh adab dan sopan juga kuih-muih dan masakan Melayu.


Bagi memupuk tradisi ilmu, rumah-rumah tradisional Melayu boleh dipulihara. Bangunan lama milik Melayu boleh dijadikan perpustakaan dan Kota Buku Melayu perlu menghimpunkan buku, karya dan pengkarya Melayu di sebuah tapak yang boleh dijadikan tarikan pelancong.


Kampung-kampung tradisi Melayu ini perlu mendokumentasikan sejarah dan kebudayaan mereka supaya asal-usul kewujudannya dihargai oleh generasi akan datang. Ia boleh dilakukan dengan dukungan kerajaan, korporat dan NGO.


Akhirul kalam, kitalah yang perlu memberikan cadangan kreatif dan inovatif kepada menteri dan pentadbir kerajaan supaya ia boleh dilaksakan dengan sebaik-baiknya.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Presiden, Dewan Keusahawanan dan Kejurulatihan Industri Malaysia (Mentic Chamber)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page