top of page

Tanjung Karang jadi hab makanan ringan - Yahya Shari

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 20, 2024
  • 1 min read


Daerah Tanjung Karang yang terkenal dengan sawah padi dan hasil pertanian akan dimajukan lagi sebagai hab makanan ringan usahawan kampung.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Yahya Sahri dalam majlis rumah terbuka beliau hari ini.


Menurut Yahya, "hab jajan" itu akan menjual makanan ringan yang dihasilkan oleh perusahaan kecil milik penduduk kampung Daerah Tanjung Karang dan kawasan sekitarnya.


"Kita akan jadikan Kg Sungai Gulang Gulang dan Kg Raja Musa sebagai hab jajan.

"Kita akan banyakkan produk kampung untuk kita keluarkan di Sg Gulang Gulang. Kita punya gerai sudah siap, nanti di Raja Musa dalam proses (siapkan gerai)," katanya.


Untuk tujuan itu, kata Yahya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak FAMA untuk menggunakan kemudahan gerai perniagaan agensi itu di beberapa kawasan bagi meningkatkan outlet pemasaran produk makanan ringan.


"Kita telah berbincang dengan FAMA. R&R FAMA kita akan beri promosi yang lebih. Kita sekarang tumpu di peringkat promosi untuk pastikan R&R ini kita promosikan balik jadi pusat jajan di Tanjung Karang


"Maknanya orang dari Kelang, Shah Alam nak balik Ipoh dan sebagainya singgah beli produk kita di Tanjung Karang," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page