top of page

Tangkis Islamofobia: Dialog antara agama pupuk persefahaman



Dialog antara agama penting dalam memupuk persefahaman dalam menangani Islamofobia.


Oleh itu, menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz, sempena Hari Antarabangsa Menangani Islamofobia bertarikh 15 Mac yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ABIM, bersama pemimpin NGO pelbagai agama setuju menggerakkan inisiatif dialog silang agama dengan meletakkan isu krisis perubahan iklim sebagai agenda bersama untuk mencari penyelesaian.


"Agenda ini melibatkan lawatan pemimpin agama dari Malaysia, Australia, Singapura ke Dharamsala India menerusi program lanjutan Islam-Buddhism Eco Dialogue (IBED) bersama pihak His Holiness Dalai Lama yang akan berlangsung pada 20 Mac 2023.


"ABIM menegaskan, dalam situasi salah faham kelompok masyarakat terhadap Islam yang menyebabkan tercetusnya barah Islamofobia akibat dari tohmahan kononnya Islam agama keganasan, penting inisiatif dialog dan kunjungan antara agama dipupuk sebagai langkah untuk menjernihkan kekeliruan selain mempererat hubungan antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, ABIM berharap dengan usaha-usaha tersebut akan dapat membangun agenda Malaysia Madani menerusi pembentukan masyarakat yang saling hormat menghormati serta bersatu padu antara satu sama lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page