top of page

Tangkap Sanusi terancang: Adakah persenda Raja Melayu juga dirancang?



Dakwaan terbaharu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor kononnya penangkapan oleh polis ke atas beliau minggu lalu telah dirancang oleh musuh politiknya sejak 6 bulan lalu menimbulkan kekeliruan rakyat.


Dakwa Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, sekiranya betul wujud konspirasi terancang menangkap Sanusi, maka mungkinkah ucapan beliau mempersenda Sultan Selangor baru baru ini juga dirancang kerana tangkapan dibuat hanya selepas Sanusi gagal dihubungi polis untuk pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang.


"Saya ambil maklum kenyataan Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional, Sanusi Md Nor yang mendakwa plot untuk menangkap beliau telah dirancang sejak 6 bulan lalu.


"Baru-baru ini Sanusi telah ditahan atas dakwaan menghasut dan menghina institusi Raja-Raja Melayu melibatkan Sultan Selangor serta keturunan sultan-sultan negeri lain kecuali Kedah.


"Jika penangkapan ini adalah plot terancang seperti yang Sanusi maksudkan, adakah skrip mempersenda Sultan Selangor dan menghina keturunan Raja-Raja Melayu termasuk dalam plot yang dimaksudkan?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Katanya, Sanusi sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang suka mencipta presepsi bahawa beliau diserang dan ditindas walaupun apa yang berlaku adalah fitnah dan atas keceluparan beliau sendiri.


Namun dakwaan kali ini, kata Razeef, serius kerana melibatkan pihak polis dan perlu dibuktikan oleh Sanusi kebenarannya sebelum menyebarkannya kepada penyokong beliau.


"Sanusi perlu buktikan perkara ini benar-benar telah dirancang untuk menangkap beliau atau beliau hanya membuat cerita bagi menutup kebiadaban beliau menghina Raja-Raja Melayu," tagas Razeef lagi.


Semalam Sanusi mendakwa beliau telah diperingatkan oleh teman teman bahawa akan ada satu operasi menangkap beliau bertujuan untuk memalukannya yang telah dirancang sejak 6 bulan lalu.


Penangkapan itu, dakwanya, akan menghitamkan imej beliau dan ceramah beliau tidak lagi akan dipedulikan oleh rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page