top of page

Tangguh perjalanan tidak penting ke India - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 1 min read


Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India ketika ini.


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi mengeluarkan nasihat itu susulan peningkatan ketegangan terbaharu antara India dan Pakistan.


"Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera.


"Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain," menurut kedutaan itu menerusi platform X.

Semalam, India dan Pakistan dilapor saling berbalas tembakan artileri berat di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian.

Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terkorban dengan Islamabad mendakwa 26 orang awam terbunuh akibat serangan dan tembakan di sempadan India, manakala New Delhi melaporkan sekurang-kurangnya lapan kematian akibat bedilan dari Pakistan.


Sementara itu Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut menasihatkan supaya rakyat Malaysia mendaftar dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat mwdelhi@kln.gov.my.


Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).


"Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page