top of page

Tangguh pengampunan Najib ikut Perlembagaan, lunas undang-undang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
DS Anwar dalam sidang media di Maldives sebelum erangkat pulang ke tanah air
DS Anwar dalam sidang media di Maldives sebelum erangkat pulang ke tanah air

Isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya dilihat secara peribadi sebaliknya dinilai berdasarkan prinsip undang-undang dan tatakelola negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penangguhan permohonan pengampunan Najib dibuat berdasarkan prinsip negara hukum, Perlembagaan dan nasihat berkaitan.


Beliau juga menegaskan, peranan beliau dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada undang-undang dan panduan rasmi Peguam Negara.


"Namun kita tahu juga ini budi bicara wewenang Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tentunya (Yang di-Pertuan) Agong harus mengambil kira semua faktor," katanya dipetik laporan media.


Anwar berkata begitu pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Calicut bersempena lawatan kerja lima hari ke India.


Pada 26 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad.


Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat memberi perkenan agar permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.


Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berlangsung di Istana Negara pada 11 September.


Sementara itu menurut Anwar, pertimbangan politik dan pandangan tegas pimpinan Umno dalam isu pengampunan Najib turut diambil kira, namun beliau memilih untuk melaksanakan tanggungjawab berdasarkan prinsip yang dianggapnya betul.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page