top of page

MB Ismail dilapor hilang sokongan ADUN Negeri Sembilan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
10 minutes ago
1 min read

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan telah hilang sokongan majoriti untuk terus menerajui kerajaan negeri.


Seorang ADUN berkata, keputusan tersebut selepas semua pihak bersetuju mematuhi pendirian pucuk pimpinan UMNO supaya Ismail melepaskan jawatan Menteri Besar.


"Apabila semua akur dengan pucuk pimpinan, keputusan adalah memohon Menteri Besar melepaskan jawatan beliau. Jadi, tiadalah pelantikan Exco seperti dijadual," katanya dipetik Utusan Malaysia.


Majlis angkat sumpah tujuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung di Istana Seri Menanti pada Ahad, namun dibatalkan di saat akhir.


Pembatalan itu dikaitkan dengan keputusan mesyuarat di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Jumaat lalu, yang memperlihatkan kemelut politik di negeri berkenaan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sementara itu menurut Utusan, seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) bakal mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Ia bagi menyatakan pendirian mereka yang menolak Ismail sebagai Menteri Besar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page