top of page

Tangguh Kongres KEADILAN: Malaysia satu-satunya negara sekat 'perjumpaan' maya?


Arahan menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadikan Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang menyekat perjumpaan secara atas talian sepanjang pandemik Covid 19.


Menurut Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu menyebabkan negara ini menjadi bahan sendaan di peringkat antarabangsa.


Beliau yang menyifatkan tindakan itu sebagai jenaka tahap tertinggi mendakwa, ia juga salah satu helah kerajaan PN untuk mengaburi kegagalan mereka dalam menangani pandemik Covid-19.


"Kebanyakan negara berjaya memulihkan negara mereka daripada masalah Covid-19 ini, tetapi di Malaysia makin terkebelakang baik dari sudut ekonomi, pelaksanaan darurat, 'total lockdown' dan lain-lain lagi, semua dilihat tiada usaha bersungguh-sungguh ke arah fasa pemulihan.


"Saya anggap keputusan kerajaan menyekat kongres KEADILAN sebagai keputusan yang tak masuk akal. Adakah kongres secara online juga dianggap seperti perjumpaan fizikal? Adakah kita satu-satunya negara yang anggap virus Covid-19 boleh berjangkit secara maya? Saya lihat seolah-olah begitu," katanya


Terdahulu, KEADILAN menangguhkan Kongres Nasional parti itu selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Ketua Setiausaha Pengelola yang juga Pengarah Kongres KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata arahan MKN ini bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei 2021, yang menyatakan bahawa MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional KEADILAN secara dalam talian sepenuhnya.


Mengulas lanjut katanya, terjemahan daripada tindakan itu memperlihatkan kerajaan PN takut dengan bayang-bayang sendiri.


"Terjemahan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tiada majoriti, bersifat pintu belakang akan sememangnya tidak melihat keperluan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, mereka mahu menyekat kebebasan bersuara," katanya.


Mengulas lanjut tegasnya, tindakan ini juga mengakibatkan para pelabur takut dan tidak akan menanam modal di Malaysia.


"Terjemahan daripada ini, ia akan menakutkan pelabur luar, mereka akan lari ditambah dengan anggapan bahawa perjumpaan dalam talian di anggap berbahaya dan sekaligus memberi tafsiran salah kepada pelabur," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page