Tangguh kemudahan cuti bersalin elaun penuh guru KAFA langkah ke belakang - Juwairiya



Tindakan Kementerian Kewangan menangguhkan kemudahan cuti bersalin elaun penuh guru KAFA dilihat sebagai langkah ke belakang.


Menurut Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli, tindakan itu amat tidak sensitif kepada pekerja wanita yang telah dijamin di bawah Akta Kerja 1955.


"Saya merujuk kepada keratan akhbar terbitan Berita Harian pada 24 Julai lalu bertajuk "Kemudahan cuti bersalin elaun penuh guru KAFA ditangguhkan" dan dikatakan pelaksanaan kemudahan cuti berelaun itu dianggap tidak sesuai kerana status penjawatan guru KAFA.


"Saya ingin menegaskan bahawa dalam Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada bulan Mac 2022 telah dimasukkan pembaharuan penting memanjangkan cuti bersalin berbayar daripada 60 hari kepada 98 hari.


"Pindaan peruntukan cuti bersalin berbayar ini terpakai kepada semua pekerja wanita yang bersalin dan hak mereka dijamin di bawah Akta Kerja 1955," kata Juwairiya dalam satu kenyataan.


Tegas Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati itu, perkerja wanita yang bersalin tanpa mengira status perjawatan amat tidak wajar didiskriminasi apatah lagi jawatan KAFA merupakan sebahagian daripada perjawatan kerajaan.


"Keputusan Kementerian Kewangan menangguhkan pemberian kemudahan cuti bersalin berelaun kepada guru KAFA ini dilihat satu langkah ke belakang.


"Ini kerana tempoh bersalin adalah amat kritikal, kerana ia bukan sahaja fasa pemulihan biologi dan reproduktif malah terdapat keperluan asas yang diperlukan dalam menampung perbelanjaan harian.


"Oleh itu saya menyeru pihak Kementerian Kewangan agar segera meneruskan keputusan untuk memberikan kemudahan cuti bersalin berelaun kepada kesemua guru KAFA yang layak dan ia tidak wajar ditangguhkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER