Tangani segera isu banjir kilat di Lebuh raya Pasir Gudang


Kerajaan Persekutuan digesa menangani segera isu banjir di Lebuh raya Pasir Gudang, Johor yang kerap mengalami banjir kilat dan merosakkan banyak kenderaan.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, beliau akan membawa isu berkenaan secepat mungkin ke pengetahuan Menteri Kerja Raya yang baharu untuk diambil tindakan.
"Saya akan bawa isu banjir kilat yang kerap berlaku di Lebuh raya Pasir Gudang ke Parlimen supaya Kerajaan Persekutuan segera ambil tindakan.
"Kementerian Kerjaraya mesti selesaikan isu banjir kilat di Lebuh raya Pasir Gudang yang penting ini setiap kali hujan lebat," katanya kepada Suara Keadilan.
Hassan mengepilkan bersama video rungutan pengguna yang merakam situasi banjir berkenaan kira kira setinggi 1 meter dan menenggelamkan banyak kereta.




Comments