top of page

Tangani perubahan iklim perlu kerjasama semua pihak - Menteri



Semua pihak termasuk swasta dan masyarakat awam digesa memberi kerjasama dalam menjayakan usaha menangani isu perubahan iklim.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, usaha kerajaan mengatasi fenomena yang menjadi kebimbangan global itu tidak akan dapat dijayakan secara bersendirian.


Gesaan itu disuarakan Nik Nazmi pada ucapan di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Think City di Putrajaya semalam.


"NRECC memuji langkah dan kerjasama menerusi program adaptasi iklim pertama di Malaysia dikenali sebagai Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNBCAP) yang dicetuskan Think City pada 2019.


"Program lima tahun itu turut mendapat kerjasama Kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) malah, PNBCAP juga sudah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM44.23 juta setakat ini," katanya.


Think City merupakan organisasi berfokuskan impak merealisasikan ruang dan bandar yang lebih berdaya mampan dan saksama.


Sementara itu ketika menyentuh kerjasama Think City dan UN-Habitat yang dimeterai, Nik Nazmin menganggapnya sebagai satu langkah penting.


Jelasnya, badan dunia itu memiliki kepakaran dalam penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan melawan kesan perubahan iklim seperti banjir kilat dan kesan pulau haba bandar yang perlu dicontohi.


"Beberapa tahun lalu, Pulau Pinang amat terkesan dengan perubahan iklim, terutama di bahagian pulau disebabkan oleh faktor geografi dan infrastruktur, yang merangkumi tapak warisan bersejarah serta pembangunan bandar serba moden.


"Tapak Warisan Dunia Georgetown pula mencatatkan suhu yang tinggi setiap hari disebabkan oleh kesan pulau haba bandar dan mudah banjir kerana adanya peningkatan kegiatan pembandaran, hujan lebat, fenomena air pasang dan musim tengkujuh," jelas Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Difahamkan, menerusi kerjasama itu, Think City akan bekerjasama dengan MBPP dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan menggabungkan intervensi fizikal dan pelan tindakan strategik di Pulau Pinang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page