top of page

Tangani peranan orang tengah kawal harga, bekalan ikan - Anwar



Peranan 'orang tengah' dalam sektor perikanan negara telah berlarutan sejak berdekad dekad lalu.


Kerajaan silih berganti namun masih gagal menemui penyelesaian tuntas mengatasi masalah orang tengah yang menyebabkan ikan dan hasil tangkapan laut lain dimanipulasi harganya.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam keadaan ekonomi negara yang gawat kerajaan perlulah memutuskan kaedah untuk mengurangkan peranan orang tengah bagi menstabilkan harga hasil laut di pasaran jika tidak mahu melihat kehidupan nelayan bertambah tertekan.


"Saya meneliti laporan akhbar terkait kewujudan orang tengah yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara sehingga menjadi punca harga dan bekalan ikan serta produk akuakultur di negara ini tidak stabil.


"Isu ini ternyata amat mendukacitakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada golongan nelayan dan keluarga mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kerajaan BN, gesa Anwar, seharusnya memikirkan cara terbaik bagi memudahkan nelayan menjual hasil tangkapan nelayan sama ada tanpa membabitkan orang tengah atau meminimumkan peranan mereka.


Dengan cara itu katanya, nelayan akan memperoleh pendapatan lebih baik dan harga ikan serta hasil tangkapan lain berada pada paras yang mampu dibeli oleh rakyat biasa.


"Kerajaan menerusi Kementerian terlibat mesti menyatakan pendirian terkait perkara ini sekali gus mencari jalan untuk merungkai permasalahan yang berlaku, dan menawarkan jalan penyelesaian.


"Usah biarkan sindiket orang tengah mendominasi bekalan sektor perikanan dan terus menekan golongan nelayan di negara ini," katanya.


Semalam media membongkar modus operandi orang tengah yang cukup licik sehingga didakwa mewujudkan kitaran kejam menindas nelayan-nelayan kecil sehingga mereka hidup dalam lingkaran kemiskinan dan terpaksa bergantung kepada bantuan sara hidup kerajaan.


Hal itu didedahkan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang berkata orang tengah sangat berkuasa dan mampu menyimpan stok ikan sebanyak 4,750 tan metrik pada satu-satu masa, menjangkau jumlah penggunaan ikan dalam sehari bagi rakyat Malaysia sekitar empat tan metrik.


"Ada enam orang tengah ikan seluruh negara. Seperti pemborong-pemborong yang sedia ada, mereka sentiasa cuba menghalang agar tiada pemain baru atau pesaing masuk dalam pasaran tersebut. Bot-bot besar dan juga penangkapan laut dalam adalah dipunyai oleh kelompok itu.


“Mereka ini menguasai kitaran ekosistem ikan negara. Daripada sumber di lautan, sehingga peringkat terakhir iaitu pemasaran kepada rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page