top of page

Tangani pengangguran mahasiswa, dorong bidang keusahawan



Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencadangkan kepada kerajaan supaya menangani isu pengangguran dengan mendorong kalangan mahasiswa menceburi dalam bidang keusahawanan.


Beliau berkata, disebabkan ketirisan peluang pekerjaan, mahasiswa tidak boleh lagi bergantung kepada pekerjaan makan gaji.


"Data-data pengangguran dalam kalangan mahasiswa pada 2019 menunjukkan 14 peratus iaitu 41,161 mahasiswa menganggur, 2020 pula 25 peratus atau lebih kurang 75 ribu menganggur.


"Kita dapat lihat wujud ketirisan peluang pekerjaan dalam kalangan mahasiswa, justeru saya yakin makan gaji bukan lagi pilihan utama.


"Mahasiswa perlu didorong untuk mandiri dalam ekonomi khususnya bidang keusahawanan," katanya di Dewan Rakyat.


Shamsul juga berharap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat membantu graduan mendapatkan pekerjaan.


"Saya difahamkan KPT mempunyai program Penjana KPT Cap, justeru saya ingin bertanyakan perkembangan semasa berkaitan program dilancarkan mula Okt 2020, termasuk jumlah semasa perbelanjaan yang telah digunakan, jumlah graduan yang telah menerima manfaat sepanjang pelaksanaan dan jaminan KPT terhadap kebolehpasaran baki graduan yang diluar sasaran kerana mereka juga berhak menerima manfaat yang sama dalam menghadapi Covid-19," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page