top of page

Tangani kerenah birokrasi PBT, mudahkan rakyat untuk berniaga


Kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyukarkan rakyat untuk menjalankan perniagaan harus ditangani segera, lagi-lagi apabila begitu ramai kehilangan punca pendapatan ketika wabak COVID-19.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata PBT juga mempunyai peranan membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup, bukannya membebankan kehidupan rakyat dengan sewenang-wenangnya.


"Saya mencadangkan supaya kerajaan membuka kawasan perniagaan baharu untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan.


"Tetapi PBT perlu kurangkan kerenah birokrasi, ini tidak, rakyat terpaksa mengisi sampai 7 ke 8 borang, susah mereka nak cari makan," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.


Pada masa sama, Johari juga menggesa kerajaan mengkaji semula peranan PBT.


"Penguatkuasaan PBT kadang-kadang dilihat mengambil tindakan bukan-bukan.


"Padahal, dalam keadaan gawat, PBT harus memudahkan urusan pentadbiran.


"Ini supaya rakyat boleh cari makan dan mereka tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata dan PBT perlu membenarkan mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page