top of page

Tangani kejadian bunuh diri: KPKT tingkat program komuniti PPR



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meningkatkan program komuniti bagi mengelakkan stres dalam kalangan penghuni flat PPR meningkat.


Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasir (PH - Johor Bahru) berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Ahmad Fadhli Shaari (Pas - Pasir Mas) berkenaan kajian yang menunjukkan gejala bunuh diri dalam kalangan penghuni flat PPR yang meningkat.


"Soal design perlulah selesa. PPR sedia ada terutama di Lembah Klang agak berusia. Sementara kita rancang infra baru, keadaan sedia ada ini kita buat program untuk mendayahuni atau meningkatkan program komuniti. Ini bukan sahaja soal masa depan kanak kanak, kita tengok juga soal keselamatan dan lain lain perkara.


"Di bawah KPKT memang kita sedang merangka panduan inisiatif mesra kanak kanak, kita cuba keluarkan dan akhirnya bagaimana untuk kita memastikan bagaimana perancangan ini diambil kira pada masa akan datang," katanya dalam sesi soalan menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Selain itu, kata Akmal, beliau juga berminat untuk bertemu pihak yang membuat kajian untuk mengetahui lebih lanjut dapatan mereka bagi dijadikan garis panduan pembangunan masa hadapan flat PPR.


"Ada beberapa langkah kita boleh ambil sebab laporan ini bukan yang pertama. Sebagai contoh Khazanah Research Institut juga pernah mengeluarkan lampiran terhadap permasalahan yang hampir serupa di kawasan B40 atau PPR ini.


"Saya pun mahu berjumpa mereka memahami apa hasil penyelidikan yang dilakukan, bukan hanya melalui laporan akhbar.


"Kedua untuk makluman halatuju PPR akan datang pihak KPKT menetapkan saiz rumah itu sendiri yang mana cadangan kita, kita cuba tahun ini 750 kaki persegi keluasan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page