top of page

Tangani diskriminasi gaji lelaki dan wanita


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sibuti, Zulhaidah Suboh menggesa kerajaan supaya mencari jalan untuk menangani diskriminasi gaji antara lelaki dan wanita.


Beliau bersetuju dengan pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membahaskan isu berkenaan ketidakseragaman upah dan gaji bagi graduan lelaki secara umumnya lebih tinggi berbanding graduan wanita.


"Salah satu faktor perbezaan tahap upah dan gaji apabila diskriminasi berlaku di tempat kerja.


"Majikan harus ada kesedaran terhadap kesaksamaan gender, menghargai pengorbanan wanita serta mengambil inisiatif untuk memperkasakan golongan Wanita adalah menjadi tanggung jawab semua pihak," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, beliau berpendapat golongan wanita juga boleh menggalas tugasan dengan lebih baik di tempat kerja malah bebanannya juga sama seperti pekerja lelaki.


"Golongan wanita seharusnya mendapat pengiktirafan dan ganjaran pendapatan yang setimpal dan sama rata dalam pemberian gaji kerana golongan wanita juga layak dihormati.


"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) harus meneliti isu ketidakseragaman tahap gaji antara lelaki dan wanita bagi mengatasi masalah diskriminasi di tempat kerja kerana wanita memainkan peranan besar dalam setiap organisasi.


"Gesaan Anwar harus diambil serius oleh KPWKM supaya lebih proaktif dan berani untuk menentu hala tuju, kesamarataan dalam kelayakan, pengalaman bekerja dan pemberian gaji bagi wanita di sektor swasta," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page