Tanding banyak kerusi: KEADILAN bukan tamak, elak GPS menang percuma



Strategi KEADILAN bertanding banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan kerana tamak tetapi bagi mengelakkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dahulunya BN menang percuma.


Hal itu dijelaskan oleh Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit.


Abun menjawab komen kononnya KEADILAN tamak kerusi sebagaimana ditimbulkan dalam media sosial kebelakangan ini.


"Kami ingin mengulanginya kebanyakan kerusi yang ditandingi KEADILAN Sarawak adalah kerusi yang mana DAP Sarawak memiliki terhad atau tiada akar umbi. Majoritinya kerusi yang DAP sendiri tidak mahu bertanding.


"Kerusi luar bandar di Sarawak amat mencabar untuk dimenangi kerana logistik kempen, perlu sumber kewangan banyak, kekurangan ketersambungan internet dan cabaran pendidikan pengundi.


"Jika KEADILAN Sarawak tidak bertanding di kerusi luar bandar, maka kami akan memberi GPS menang percuma. Oleh itu, KEADILAN Sarawak mengambil tanggungjawab untuk bertanding di sejumlah besar kerusi pada masa lalu sebagai menyokong aktivis akar umbi Sarawak dan masyarakat tempatan yang menentang rasuah terang-terangan, ketidakadilan dan penindasan yang melanda Sarawak terlalu lama," katanya.


Namun Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu menegaskan, bagi kerusi yang mana parti itu mempunyai tuntutan bertindih, KEADILAN menuntut kredibiliti calon dan kebolehmenangan dijadikan asas pemilihan.


Katanya, gerak kerja calon di peringkat kawasan perlu diutamakan sebelum dibenarkan bertanding dalam persekitaran politik Sarawak yang cenderung memilih calon dikenali dan disenangi rakyat.


"Di kerusi yang ketika ini terdapat tuntutan bertindih dengan DAP, KEADILAN Sarawak sentiasa menegaskan pemilihan calon mestilah berdasarkan fakta, angka yang jelas dan KPI calon untuk meletakkan calon boleh menang.


"Di Sarawak, memilih calon dengan kehadiran dan sokongan akar umbi yang kuat adalah penting. Di kerusi yang mana gabungan kita kalah dalam PRN 2016, pertukaran kerusi adalah munasabah sekiranya KEADILAN mampu menunjukkan kami mempunyai calon lebih kuat dengan peluang yang lebih besar untuk menang," katanya.


Bagaimanapun Abun menolak sebarang desas desus berlaku sengketa di antara KEADILAN dan DAP Sarawak.


Beliau berkata, KEADILAN sentiasa terbuka untuk rundingan sehingga saat saat akhir bersama DAP mengenai sebarang strategi pemilihan calon dan akan kekal sebagai rakan bergerak seiringan dalam PRN kali ini


"Kami terlibat dengan parti pembangkang Sarawak dan mahu terus terlibat dengan DAP Sarawak untuk mencari formula kemenangan terbaik bagi kerusi dalam PRN-12.


"Memperkasakan rakyat di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar, untuk menuntut pembaharuan politik dan sosio-ekonomi melalui pilihan raya yang bebas dan adil tetap menjadi tumpuan dan keutamaan kami," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER