top of page

'Tanding 13 kerusi di Sabah atas semangat kerjasama politik bukan arahan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Bayangan KEADILAN akan bertanding 13 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 bukan ditentukan oleh KEADILAN pusat, sebaliknya berdasarkan rundingan yang dilakukan di peringkat negeri.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Guntur Sangkar, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan STAR Sabah, Anuar Ghani mendakwa KEADILAN Sabah seolah olah tiada autonomi dalam menetapkan kerusi adalah berlainan daripada kenyataan sebenar.


"Pertama sekali, penting untuk diperjelaskan cadangan 13 kerusi oleh KEADILAN Sabah bukan keputusan unilateral oleh pimpinan pusat.


"Senarai kerusi tersebut adalah hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan KEADILAN Sabah bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ia dibentuk atas semangat kerjasama politik yang matang tanpa menafikan peranan parti-parti tempatan.


"KEADILAN Sabah bukan sekadar ‘cawangan’ yang menurut telunjuk pusat. Sejak penubuhannya, KEADILAN Sabah dibentuk melalui kolaborasi erat antara aktivis tempatan dan pimpinan nasional, menjadikan KEADILAN sebuah parti nasional yang benar-benar berakar di Sabah," katanya dalam kenyataan.


Malah kata Ketua AMK Cabang Pensiangan itu, KEADILAN merupakan satu-satunya parti nasional yang meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara rasmi dalam perlembagaan parti, satu bukti komitmen sebenar terhadap hak dan autonomi Sabah.


Sebaliknya, ujar Guntur, STAR Sabah sepatutnya bercermin diri sebelum menuduh orang lain sebagai “pendatang politik”.


Katanya, STAR pernah bergabung dengan Perikatan Nasional, sebuah gabungan yang secara terang-terangan pernah melemahkan kedudukan Sabah dalam rundingan MA63.


"Realitinya, KEADILAN Sabah kekal konsisten dalam memperjuangkan reformasi dan keadilan untuk rakyat Sabah, sementara STAR terus menampilkan pendirian yang berubah-ubah mengikut angin politik semasa.


"Sabah memerlukan kestabilan dan prinsip, bukan oportunisme," katanya lagi.


PRN Sabah mungkin dilaksanakan selepas bulan Ogos tahun ini kerana tempoh lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada hujung tahun ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page